Tahniah diucapkan kepada Makmal Penyelidikan Mekanikal yang telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan iCompEx melalui produk inovasi RARE.
Wawasan 2020, yang menetapkan Malaysia menjadi negara maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, memerlukan Malaysia melahirkan tenaga kerja mahir dan modal insan yang cemerlang, berketrampilan dan berdaya saing di peringkat global. Bagi mencapai wawasan tersebut, kerajaan telah memberi penekanan yang penting termasuk dalam hal pembangunan modal insan di sektor awam. Seperti yang kita sedia maklum, pembangunan modal insan yang seimbang akan menghasilkan pekerja yang cekap dan terbaik kepada negara, yang pastinya akan meningkatkan imej kerajaan di mata rakyat. Ini dapat dilaksanakan melalui pembelajaran berterusan yang berteraskan penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi.
Pengarah BIPPK